Wednesday, June 24, 2009

Wayang Pacak Jabatan Penerangan Terengganu






Wayang pacak anjuran Jabatan Penerangan ternyata masih diminati ramai. Tayangan wayang pacak Jabatan Penerangan begitu popular sepanjang tahun 60'an sehingga penghujung Tahun 80'an. Ini terbukti semasa pertunjukan wayang pacak atau layar bestari yang diadakan pada 20 Jun 2009 di Kampung Sungai Berua,Kuala Berang, Hulu Terengganu. Sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat amat menggalakkan.

Program Semarak Perkasa 2009






Program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Terengganu dan JKPKPKK Negeri Terengganu dengan kerjasama JHEOA Terengganu ternyata berjaya mengeratkan hubungan silatulrahim diantara masyarakat Orang Asli dengan agensi-agensi kerajaan. Antara aktivi-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program tersebut adalah bola sepak 9 sebelah,tarikk tali dan sukaneka. Aktiviti tersebut telah berjaya mendekatkan hubungan diantara masyarakat Orang Asli dan agensi-agensi kerajaan. Selain agensi-agensi di bawah JKPKPKK Negeri Terengganu, agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat didalam program sehari ini ialah Pejabat Daerah Hulu Terengganu,Majlis Daerah Hulu Terengganu,JKR,KEMAS,JHEOA,Jabatan Pelajaran,Jabatan Kesihatan dan JAKIM.

Program Semarak Perkasa 2009









Sempena Program Semarak Perkasa 2009 yang diadakan di perkampungan Orang Asli Kg Sungai Berua Hulu Terengganu pada 20 Jun 2009, 75 orang ketua keluarga masyarakat Orang Asli telah menerima sumbangan hamper dari JKPKPKK Negeri Terengganu. Sumbaangan hamper tersebut telah disampaikan oleh Y.B.M Dato' Tengku Putera Bin Tengku Awang,Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu. Kampung Sungai Berua mempunyai kira-kira 450 orang penduduk Orang Asli.

Program Semarak Perkasa 2009


Jabatan Penerangan Negeri Terengganu dan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan (JKPKPKK) Negeri Terengganu dengan kerjasama JHEOA Negeri Terengganu telah menganjurkan Program Semarak Perkasa pada 20 Jun 2009 bertempat di perkampung Orang Asli Sungai Berua,Kuala Berang,Hulu Terengganu. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara masyarakat orang Asli dengan agensi-agensi di bawah JKPKPKK dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Ia juga bertujuan untuk menyampaikan maklumat tentang dasar-dasar kerajaan dan konsep 1Malaysia.
Program sehari ini telah dirasmikan oleh Y.B.M Dato' Tengku Putera Bin Tengku Awang, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu.